LOGO BOMBA

logo right

ZIARAH PRIHATIN PESARA BOMBA

Tarikh: 4 Mei 2026

Tempat: Kampung Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan

Kunjungan ziarah prihatin sempena Hari Anggota Bomba Sedunia telah diadakan ke kediaman Encik Rantie bin Osman di Kampung Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau merupakan pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang kini berusia 77 tahun dan telah bersara pada 16 Mei 2005 setelah menabur bakti dengan penuh dedikasi.

Ziarah ini turut disertai oleh PgKB II Emil bin Taihin, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bersama Penolong Pengarah Bahagian serta Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral dan Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Layangan.

Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.

“BOMBA TONGGAK PENYELAMATAN NEGARA”