LOGO BOMBA

logo right

Slogan

"CEPAT DAN MESRA"

Sesuai dengan perkembangan semasa di negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia dengan Slogan Nasional iaitu `1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada tahun 2008. Slogan ini secara ringkasnya boleh diterjemahkan sebagai memberi penekanan kepada agensi-agensi kerajaan supaya memperkasakan Sistem Penyampaian (Delivery System) secara keseluruhan dalam semua aspek pentadbiran organisasi Kerajaan sesuai dengan aspirasi rakyat dan salah satu unsur yang diberi penekanan ialah `Speed’.
 
Seiring dengan hasrat tersebut, YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setelah mengambilalih tampuk kepimpinan tertinggi Jabatan pada 1 November 2010 telah memperkenalkan slogan baru JBPM iaitu “Cepat dan Mesra” (action) atau dalam bahasa Inggeris “Fast and Friendly” dalam ucaptama beliau pada 4 November 2010, sempena Majlis Perjumpaan dengan Pegawai-Pegawai Kanan JBPM di Ibu Pejabat Bomba Malaysia, Putrajaya beriringan dengan slogan yang sedia ada iaitu `Sedia Menyelamat’ (Hasrat). Slogan ini adalah lebih sesuai dan tepat mengikut perkembangan semasa dalam konteks Dasar Global Negara ini