

Tarikh: 4 Mei 2026
Tempat: Kompleks Ibu Pejabat, BBP Labuan Sentral dan BBP Layangan
Pada 4 Mei 2026, Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia telah dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia, termasuk di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dengan penglibatan menyeluruh warga jabatan.
Majlis telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral serta Balai Bomba dan Penyelamat Layangan turut melaksanakan sambutan SHAB di balai masing-masing.
Pengisian majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, diikuti bacaan doa serta penyampaian teks perutusan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disampaikan oleh PgKB II Emil bin Taihin @Toihin, Timbalan Pengarah JBPM W.P. Labuan.
Sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan anggota bomba, majlis turut disusuli dengan bacaan Yasin dan tahlil bagi memohon kesejahteraan serta perlindungan kepada seluruh warga jabatan.
Sambutan ini mencerminkan kesepaduan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dalam memperkukuh semangat kebersamaan serta komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.