LOGO BOMBA

logo right

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MEI 2026, MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT & CERAMAH INTEGRITI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Tarikh: 18 Mei 2026

Tempat: Dewan Serbaguna KIP Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan

Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dihoskan oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran. Program turut diserikan dengan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat melibatkan pegawai KB2, KB6 dan KB7 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen serta kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian piala kemenangan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Peringkat JBPM W.P. Labuan serta ceramah integriti yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bagi memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga jabatan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pegawai yang menerima kenaikan pangkat serta pasukan yang berjaya merangkul kemenangan dalam Pertandingan Kawad Kecekapan. Semoga pengiktirafan yang diberikan terus menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme, disiplin dan kecemerlangan perkhidmatan warga jabatan.