

Tarikh: 12 Mei 2026
Tempat: Kompleks Ibu Pejabat JBPM WP Labuan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan, YBrs. Tuan Mohd Redzuan bin Nawi bersama pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia W.P. Labuan bertempat di Bilik Mesyuarat KIP JBPM WP Labuan.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YS PgKB I Abd Rahman bin Ali, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.
Sesi kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua jabatan di samping membincangkan kerjasama serta perkongsian pandangan dalam aspek keselamatan, pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan baik antara agensi akan terus diperkasakan demi kesejahteraan serta keselamatan komuniti.