

4 Mei 2026 – Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia peringkat Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah berlangsung dengan penuh tertib, bersemangat dan sarat dengan nilai kebombaan.
Majlis dimulakan dengan tabik hormat kepada Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu rasmi JBPM, Bomba Siap Sedia Setiap Masa. Atur cara diteruskan dengan bacaan Yasin, Doa Selamat serta penyampaian teks ucapan Ketua Pengarah JBPM.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, bersama barisan Pegawai Kanan Jabatan serta Pegawai Gunasama.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional serta YB Ustaz Hafez bin Sabri, Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi, atas sumbangan kek sebagai tanda sokongan dan penghargaan dalam meraikan sambutan ini.
Sambutan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat dan komitmen seluruh warga JBPM dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.