LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM PERJUMPAAN PENGARAH JBPM NEGERI PERAK BERSAMA PENGERUSI PASUKAN BOMBA SUKARELA NEGERI PERAK

22 April 2026 – Satu Program Perjumpaan bersama YS Dato’ Sayani binti Hj Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, telah diadakan bersama Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) seluruh Negeri Perak. Program ini berlangsung di Bilik Gerakan Dato’ Soiman, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Meru Raya.

 

Program berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 Pasukan Bomba Sukarela dengan kehadiran seramai 57 orang anggota. Penganjuran program ini bertujuan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara JBPM Negeri Perak dan PBS, khususnya dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan operasi kebombaan di peringkat komuniti.

 

Selain itu, perjumpaan ini turut menjadi medium perbincangan berkaitan hala tuju organisasi, penambahbaikan aspek pengurusan serta pengukuhan peranan PBS sebagai rakan strategik jabatan dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kebombaan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

 

Diharapkan jalinan kerjasama erat ini akan terus diperkasakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.