

3 FEBRUARI 2026 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Makmal ICT yang dinamakan DATO’ SAYANI TECH HUB, telah disempurnakan oleh YS PKPjB Dato’ Sayani binti Haji Saidon.
Penubuhan makmal ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dalam menyokong pembelajaran, latihan serta peningkatan kompetensi pegawai bomba dan kakitangan selaras dengan keperluan era digital.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Urusetia Bahagian Pengurusan (Unit ICT Perak) atas komitmen dan usaha merealisasikan inisiatif ini.
Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kemajuan organisasi dan kecemerlangan perkhidmatan.