LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN SIJIL PENGHARGAAN JBPM NEGERI PERAK 2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Penghargaan bagi meraikan serta mengiktiraf warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan sumbangan yang signifikan kepada jabatan.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Banquet SUK, Ipoh, Perak itu telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

Pada majlis tersebut, seramai penerima telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Perak 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi dan dedikasi dalam melaksanakan tugas. Selain itu, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Negeri Perak turut disampaikan sebagai penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah menabur bakti serta berkhidmat dengan penuh komitmen sepanjang tiga dekad dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Kepujian Pegawai Bomba Bantuan JBPM Negeri Perak kepada Pegawai Bomba Bantuan yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan JBPM serta membantu meningkatkan tahap keselamatan masyarakat melalui semangat kesukarelawanan dan profesionalisme yang tinggi.

 

Pengiktirafan yang diberikan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan sijil penghargaan atas pencapaian serta pengorbanan yang telah diberikan kepada JBPM dan masyarakat.