


16 Oktober 2025, Bukit Jelutong – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail mempengurusikan Mesyuarat Pelaksanaan Pusingan Kerja antara Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil, Cyberjaya di Selangor dan Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 serta Presint 7 di Putrajaya. Mesyuarat dilaksanakan secara bersama YS PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya. Turut hadir Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagaian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat serta Ketua Balai BBP Dengkil, BBP Cyberjaya, BBP Presint 14 dan BBP Presint 7 bagi tujuan pusingan kerja pegawai dan kakitangan di balai berkenaan.