


JOHOR BAHRU, 20 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menyertai Siaran Langsung Majlis Amanat YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2026, yang berlangsung pada jam 9.00 pagi, hari ini.
JBPM Negeri Johor telah diwakili oleh PPjB Muhammad Al Mustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, bersama-sama pegawai-pegawai Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor yang menyaksikan siaran langsung majlis tersebut secara dalam talian dari Bilik Mesyuarat Keriang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.
Majlis amanat ini menjadi platform penting bagi penyampaian hala tuju, dasar serta penegasan terhadap keutamaan strategik KPKT bagi tahun 2026, sekali gus memperkukuh kefahaman dan komitmen warga jabatan serta agensi berkaitan dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
Mohd Jafni Md Shukor
MEDIA DIGITAL JOHOR