

Rengit, 23 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit hari ini menerima kunjungan istimewa sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 11.00 pagi dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh Puan Nurul Alia Binti Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Balai bersama anggota BBP Rengit yang sedang bertugas, meskipun dalam suasana Hari Raya Aidilfitri.
Program dimulakan dengan sesi sambutan ketibaan diikuti dengan penyampaian amanat serta ucapan Aidilfitri oleh tetamu kehormat. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada anggota yang tetap komited menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun pada musim perayaan.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan sebagai simbol kenangan, diikuti sesi bergambar bersama anggota bertugas. Turut diadakan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan sebelum program diakhiri dengan jamuan ringan yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi dan warga balai.
Seluruh warga kerja BBP Rengit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Puan Nurul Alia Binti Bustamam meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya. Kunjungan ini bukan sahaja menyuntik semangat, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga JBPM.
Semoga usaha murni ini diberkati dan seluruh warga JBPM terus dilindungi serta dirahmati Allah dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |