

Penggaram, 26 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram menerima kunjungan sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh PgKB II Siti Hajar binti Sanusi, Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama pegawai Zon 3. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai serta anggota BBP Penggaram yang sedang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.
Program dimulakan dengan panggilan baris sebagai simbol disiplin dan kesiapsiagaan anggota, diikuti dengan penyampaian amanat serta ucapan Salam Aidilfitri. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada anggota yang terus komited menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun dalam suasana perayaan.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan, diikuti sesi ramah mesra bersama anggota bertugas yang mengeratkan hubungan antara pengurusan dan warga balai. Program kemudian diserikan dengan jamuan ringan, sesi bergambar serta penyampaian cenderahati dan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada anggota.
Kunjungan ini bukan sahaja menceriakan suasana Aidilfitri, malah memberikan suntikan semangat kepada anggota yang bertugas di lapangan serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga JBPM.
Seluruh warga kerja BBP Penggaram merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB II Siti Hajar binti Sanusi bersama pegawai Zon 3 meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya.
Semoga segala usaha ini diberkati dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |