

Kulai, 29 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai menerima kunjungan sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 pada jam 2.30 petang dalam suasana penuh kemesraan dan semangat Aidilfitri.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh PgKB I Zaifulbahri bin Mat Rusok @ Hassan, Penolong Pengarah Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai bersama Pegawai Operasi serta anggota BBP Kulai yang sedang bertugas.
Lawatan ini mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi dalam menyantuni anggota yang terus komited melaksanakan tugas walaupun dalam suasana perayaan. Kehadiran beliau turut memberikan suntikan semangat kepada anggota untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi keselamatan masyarakat.
Selain mengeratkan hubungan silaturahim, program ini juga menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga JBPM di semua peringkat.
Seluruh warga kerja BBP Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB I Zaifulbahri bin Mat Rusok @ Hassan meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkasa dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.
![]() |
![]() |
![]() |