LOGO BOMBA

logo right

PENGARAH JBPM JOHOR HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANGGOTA KESELAMATAN DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR JOHOR

JOHOR BAHRU, 11 Mac 2026 – YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anggota keselamatan, penyampaian sumbangan asnaf serta penyerahan zakat perniagaan yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang turut menyampaikan sumbangan serta bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada para penerima yang layak.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai agensi keselamatan di negeri ini sebagai tanda penghargaan terhadap peranan dan pengorbanan anggota barisan hadapan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Dalam kesempatan itu, YAB Menteri Besar Johor turut meluangkan masa beramah mesra serta menyantuni para tetamu yang hadir dalam suasana penuh mesra dan harmoni bersempena bulan Ramadan yang mulia.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah 30 orang pegawai kanan dan anggota JBPM Negeri Johor serta pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan agensi keselamatan, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malaysian Fire and Rescue Department
Malaysian Ministry of Health
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

PENGARAH JBPM JOHOR HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANGGOTA KESELAMATAN DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR JOHOR 1 PENGARAH JBPM JOHOR HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANGGOTA KESELAMATAN DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR JOHOR 2 PENGARAH JBPM JOHOR HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANGGOTA KESELAMATAN DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR JOHOR 3