LOGO BOMBA

logo right

PENGARAH JBPM JOHOR ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 9 April – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, YS PKPjB Siti Rohani Nadir telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Mohd Rizal Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor hari ini.

Kunjungan yang berlangsung di Pejabat Jabatan Penerangan Negeri Johor itu bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat serta hebahan kepada masyarakat.

Delegasi JBPM Johor turut disertai oleh PgKB I Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat; PgKB I Azahar bin Dris, Ketua Zon 1 Johor; TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai BBP Larkin; serta PKPgB Abdul Rahman Azezulkifle bin Sahimi, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor.

Dalam pertemuan tersebut, JBPM Johor turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia (SHAB) 2026 dan Larian Bersama Bomba (LBB) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Angsana Mall Johor Bahru.

Perbincangan turut menjurus kepada peranan Jabatan Penerangan dalam membantu memperluaskan hebahan program kepada masyarakat, selain meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM Johor dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan demi memastikan maklumat keselamatan dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat.

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

PENGARAH JBPM JOHOR ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR 1 PENGARAH JBPM JOHOR ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR 2 PENGARAH JBPM JOHOR ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR 3