

10 Jun 2026
Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Tahun 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berlangsung dengan jayanya dan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pertandingan yang menghimpunkan kontinjen-kontinjen terbaik dari seluruh negeri ini menjadi platform untuk menguji tahap kecekapan, kemahiran teknikal, ketahanan fizikal serta semangat berpasukan anggota JBPM dalam menghadapi cabaran tugas sebenar di lapangan.
JBPM Negeri Johor berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2026. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen tinggi, disiplin serta usaha berterusan seluruh anggota dan pegawai yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.
Antara pencapaian yang diraih oleh Kontinjen JBPM Negeri Johor adalah seperti berikut:
Pengarah serta seluruh warga JBPM Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta, jurulatih, pegawai pengiring dan urus setia yang telah bertungkus-lumus mengharumkan nama negeri Johor di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga JBPM Negeri Johor untuk terus meningkatkan tahap profesionalisme, kompetensi dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat dan negara.
![]() |
![]() |
![]() |