

Johor Bahru, 6 April — Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Johor dalam satu sesi pertemuan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Keriang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor, pagi tadi.
Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi MAH Cawangan Johor, Ivan Teo, bersama barisan kepimpinan persatuan termasuk Timbalan Pengerusi, Sunny Soo; Setiausaha, Callie Tan; Bendahari, Tan Ai Lee; Pembantu Peribadi kepada Pengerusi, Yvonne Loh; serta Ahli Jawatankuasa, Michael Bay.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara JBPM Johor dan industri perhotelan, khususnya dalam aspek pematuhan keselamatan kebakaran, kesiapsiagaan kecemasan serta pemerkasaan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengusaha hotel di negeri ini.
Turut hadir mewakili JBPM Johor ialah PgKB I Azmi Ab Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran; PgKB I Zaipulbahri Mat Rusok @ Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran; Puan Nurul Alia Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan; PgKB II Al Hasra Mohammad, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi & Balai; PgKB II Mustaffa Kamal Ahmad, Ketua Cawangan Penguatkuasaan Bangunan; serta PKPgB Abdul Rahman Azezulkifle Sahimi, Pegawai Perhubungan Awam.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai keperluan mempertingkat tahap pematuhan terhadap piawaian keselamatan kebakaran di premis hotel, termasuk pelaksanaan latihan kebakaran berkala, audit keselamatan serta penggunaan sistem perlindungan kebakaran yang efisien.
YS PKPjB Siti Rohani dalam ucapannya menegaskan komitmen JBPM Johor untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak industri dalam memastikan keselamatan penghuni dan pelancong sentiasa menjadi keutamaan.
“Kerjasama erat antara JBPM dan pengusaha hotel amat penting dalam memastikan setiap premis berada pada tahap keselamatan terbaik, seterusnya mengurangkan risiko kejadian kebakaran serta melindungi nyawa dan harta benda,” ujarnya.
Sementara itu, Ivan Teo menyatakan penghargaan atas kesediaan JBPM Johor menerima kunjungan tersebut dan menyambut baik usaha kolaborasi berterusan demi meningkatkan standard keselamatan dalam industri perhotelan di Johor.
Pertemuan berakhir dengan sesi bergambar serta komitmen bersama untuk memperkukuh jalinan kerjasama melalui pelbagai inisiatif strategik pada masa akan datang.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |