

Kluang, 26 Mac 2026 – Suasana Aidilfitri di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang hari ini lebih bermakna apabila menerima kunjungan sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 pada jam 9.30 pagi.
Kunjungan tersebut diketuai oleh PgKB II Siti Hajar binti Sanusi, Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama pegawai zon. Kehadiran beliau disambut oleh anggota BBP Kluang yang sedang bertugas dengan penuh mesra dan rasa hormat.
Lawatan ini menjadi simbol penghargaan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap anggota yang tetap cekal menjalankan tugas walaupun dalam suasana perayaan. Ia juga memberi suntikan motivasi kepada anggota untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi keselamatan masyarakat.
Selain itu, kunjungan ini turut memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi dan warga balai, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam organisasi JBPM.
Warga kerja BBP Kluang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB II Siti Hajar binti Sanusi bersama pegawai zon meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus utuh dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |