LOGO BOMBA

logo right

KETUA PENGARAH JBPM TINJAU PROJEK NAIK TARAF BBP LARKIN DAN BBP KLUANG

Johor Bahru, 14 Mac – YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Kluang bagi meninjau perkembangan projek menaik taraf balai-balai berkenaan yang sedang dilaksanakan.

Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri kemajuan pembangunan projek serta memastikan kerja-kerja menaik taraf berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan bagi meningkatkan kemudahan dan kecekapan operasi pasukan bomba.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, PKPjB Mohd Azmi Ismail dari Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik JBPM, PPjB Muhammad Al Mustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor serta beberapa pegawai kanan JBPM.

Dalam lawatan tersebut, pihak Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Wilayah Selatan turut menyampaikan taklimat berhubung status kemajuan projek, pencapaian kerja semasa serta perancangan seterusnya bagi memastikan projek menaik taraf kedua-dua balai bomba berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Projek menaik taraf ini dijangka dapat meningkatkan keselesaan kemudahan balai serta memperkukuhkan kesiapsiagaan anggota bomba dalam memberikan perkhidmatan penyelamatan yang lebih cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Malaysian Fire and Rescue Department
Malaysian Ministry of Health
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

KETUA PENGARAH JBPM TINJAU PROJEK NAIK TARAF BBP LARKIN DAN BBP KLUANG 1 KETUA PENGARAH JBPM TINJAU PROJEK NAIK TARAF BBP LARKIN DAN BBP KLUANG 2 KETUA PENGARAH JBPM TINJAU PROJEK NAIK TARAF BBP LARKIN DAN BBP KLUANG 3