LOGO BOMBA

logo right

KETUA PENGARAH JBPM ADAKAN ZIARAH KASIH KE ATAS MANTAN PENGARAH JBPM JOHOR

Batu Pahat, 14 Mac – YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan Ziarah Kasih ke kediaman Mantan Pengarah JBPM Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Yahaya Hj. Madis, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat dalam jabatan.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, PKPjB Mohd Azmi Ismail dari Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik JBPM, PPjB Muhammad Al Mustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor serta beberapa pegawai kanan JBPM.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah YB Tuan Haji Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat.

Dalam kunjungan tersebut, Ketua Pengarah JBPM bersama para tetamu turut meluangkan masa berbuka puasa bersama dengan YBhg. Dato’ Yahaya sekeluarga dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan. Pada kesempatan itu juga, Ketua Pengarah JBPM telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada YBhg. Dato’ Yahaya sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada beliau serta keluarga sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Ziarah Kasih ini diadakan sebagai usaha menyantuni mantan pengarah yang telah banyak berjasa kepada jabatan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan JBPM dengan warga pesara.

Semoga YBhg. Dato’ Haji Yahaya Hj. Madis sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

KETUA PENGARAH JBPM ADAKAN ZIARAH KASIH KE ATAS MANTAN PENGARAH JBPM JOHOR 1 KETUA PENGARAH JBPM ADAKAN ZIARAH KASIH KE ATAS MANTAN PENGARAH JBPM JOHOR 2 KETUA PENGARAH JBPM ADAKAN ZIARAH KASIH KE ATAS MANTAN PENGARAH JBPM JOHOR 3