LOGO BOMBA

logo right

KEMBARA MARHABAN 2.0 ZON 2 JOHOR ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA SYAWAL

KOTA TINGGI, 4 April 2026 – Sempena sambutan Aidilfitri 1447H, Zon 2 Johor telah menganjurkan Program Kembara Marhaban 2.0: Indahnya Syawal, Eratkan Silaturahim yang berlangsung meriah dengan penyertaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2.

Program yang berkonsepkan konvoi bermotosikal ini telah memulakan perjalanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi sebelum singgah di beberapa lokasi iaitu BBP Bandar Tenggara, BBP Mersing dan berakhir di BBP Endau.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Zon 2, Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PSKK) serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba & Penyelamat (PERISMA) Zon 2. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JBPM di samping menghidupkan amalan marhaban sempena bulan Syawal.

Majlis pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh PPjB Muhammad Al Mustakin Bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Johor, yang turut menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program berunsurkan kebajikan dan kekeluargaan seperti ini.

Konvoi tersebut telah diketuai oleh Ketua Zon 2 dengan penglibatan aktif Pegawai Penguasa Operasi Negeri (PPON) serta anggota dari balai-balai di bawah Zon 2. Sepanjang program berlangsung, peserta turut mengadakan sesi marhaban di setiap lokasi persinggahan sebagai simbolik menyemarakkan Aidilfitri.

Program ini bukan sahaja berjaya memupuk semangat kekitaan dan ukhuwah dalam kalangan warga JBPM, malah turut mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuhkan hubungan antara anggota melalui aktiviti santai yang berfaedah.

Penganjuran Kembara Marhaban ini diharap dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi mengekalkan tradisi dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga JBPM, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

KEMBARA MARHABAN 2.0 ZON 2 JOHOR ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA SYAWAL 1 KEMBARA MARHABAN 2.0 ZON 2 JOHOR ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA SYAWAL 2 KEMBARA MARHABAN 2.0 ZON 2 JOHOR ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA SYAWAL 3