

PENGERANG, 5 April 2026 – Program Kembara Marhaban 2.0: Indahnya Syawal, Eratkan Silaturahim Zon 2 Johor diteruskan bagi hari kedua dengan penuh semangat dan komitmen tinggi daripada warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2.
Konvoi bermotosikal yang memasuki hari kedua ini telah memulakan perjalanan dari Mersing sebelum meneruskan kembara ke beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Bandar Penawar, BBP Punggai, BBP Sungai Rengit dan seterusnya berakhir di BBP Sebana Cove.
Sepanjang perjalanan, peserta konvoi terus mengekalkan tradisi marhaban di setiap lokasi persinggahan sebagai simbolik sambutan Aidilfitri, di samping mengeratkan hubungan ukhuwah antara anggota di setiap balai yang dikunjungi.
Program anjuran Pejabat Zon 2 dengan kerjasama Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PSKK) serta Persatuan Isteri dan Keluarga Bomba (PERISMA) Zon 2 ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam menyatukan warga JBPM melalui pendekatan santai namun penuh bermakna.
Dengan berakhirnya konvoi di BBP Sebana Cove, maka lengkaplah keseluruhan kembara marhaban selama dua hari yang melibatkan kesemua lapan Balai Bomba Zon 2 Johor. Program ini mencatatkan jarak perjalanan keseluruhan sejauh kira-kira 500 kilometer.
Kejayaan penganjuran program ini membuktikan komitmen tinggi warga JBPM Zon 2 dalam memperkukuh semangat kekitaan, di samping mengekalkan tradisi marhaban sebagai warisan budaya dalam menyambut Syawal.
Penganjuran seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mempererat silaturahim, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta budaya kerja berpasukan yang cemerlang dalam organisasi.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |