

JOHOR BAHRU, 4 MEI 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2026. Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor ini diadakan sebagai menyahut arahan YAS Ketua Pengarah JBPM dalam menyemarakkan lagi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota bomba di seluruh negara.
Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor, dan bendera Jabatan, sambil diiringi nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, serta lagu jabatan, ‘Siap Sedia Setiap Masa’. Upacara tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor.
Bagi memohon keberkatan dalam menjalankan tugas mencabar, majlis diteruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai Bahagian serta Ketua-ketua Zon secara bersemuka dan atas talian.
Kemuncak majlis adalah Pembacaan Perutusan Khas Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia oleh YS Pengarah JBPM Negeri Johor, yang membawa amanat daripada YAS Ketua Pengarah JBPM. Perutusan tersebut menekankan aspek kesiapsiagaan, integriti, dan komitmen tinggi warga jabatan dalam memastikan keselamatan rakyat dan harta benda sentiasa terpelihara.
JBPM Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota di atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi selaras dengan tema sambutan tahun ini.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |