LOGO BOMBA

logo right

Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) JBPM Johor 2026

Johor Bahru, 11 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah melaksanakan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) pada 10 hingga 11 Februari 2026 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai kesesuaian struktur organisasi, pengisian perjawatan serta keberkesanan pengurusan sumber manusia selaras dengan keperluan operasi semasa jabatan. Inisiatif ini juga menjadi platform semakan dalaman bagi memastikan setiap bahagian dan balai berada pada tahap kesiapsiagaan optimum dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan.

Audit tersebut diketuai oleh Encik Shahrulnizam bin Senafi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah selaku Ketua Auditor. Turut hadir sebagai juruaudit ialah:

Encik Afdzal Ikhwan bin Omar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Encik Mohd Alhafiz bin Zakaria dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Puan Nurul Jalila binti Ismail dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

Sepanjang dua hari pelaksanaan, audit telah dijalankan di beberapa bahagian di Ibu Pejabat serta di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin. Penilaian merangkumi aspek pengurusan perjawatan, pembahagian tugas, fungsi organisasi serta pematuhan kepada garis panduan dan ketetapan semasa jabatan.

AKPO ini bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme kawalan dalaman, malah sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh tadbir urus organisasi. Hasil dapatan audit akan dijadikan asas penambahbaikan berterusan bagi memastikan JBPM Johor terus kekal efisien, responsif dan berintegriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM dalam memperkasakan organisasi demi memastikan kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap tertinggi.

#kitabomba
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi AKPO JBPM Johor 2026 1 Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi AKPO JBPM Johor 2026 2 Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi AKPO JBPM Johor 2026 3