

Kuala Terengganu, 24 Mei 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Pertandingan Idea Unggul Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) serta Tangan Emas Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada balai-balai dan bahagian di seluruh negeri Terengganu.
Program ini bertujuan mencungkil idea kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JBPM selain meningkatkan budaya kerja berpasukan, produktiviti serta kecekapan penyampaian perkhidmatan organisasi.
Bagi Kategori Tangan Emas, sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dengan keputusan berikut:
🥇 Johan – BBP Chukai
🥈 Naib Johan – Zon 1
🥉 Tempat Ketiga – BBP Paka
Manakala bagi Kategori KIK Primer, keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
🥇 Johan – BBP Kijal
🥈 Kedua – BBP Kuala Terengganu
🥉 Ketiga – BBP Kuala Berang
4️⃣ Keempat – BBP Besut
5️⃣ Kelima – Kejuruteraan
Bagi Kategori KIK Hibrid pula, keputusan adalah:
🥇 Johan – BBP Kerteh
🥈 Naib Johan – BBP Dungun
🥉 Ketiga – BBP Kuala Nerus
4️⃣ Keempat – Zon 2
5️⃣ Kelima – Bahagian Operasi
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah JBPM Negeri Terengganu.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen serta kreativiti yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan idea-idea inovatif yang mampu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan JBPM kepada masyarakat.