LOGO BOMBA

logo right

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 Persatuan Pesara Pegawai Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 4 April 2026 – Persatuan Kebajikan Pesara Pegawai Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-6 bertempat di Dewan Dato’ Sri Wahab, Ibu Pejabat Bomba Negeri Terengganu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh PgKB I Shahrin Yusmar bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Terengganu bagi merasmikan majlis dan dihadiri oleh ahli-ahli persatuan bagi membincangkan agenda utama, berkongsi maklumat terkini serta merancang pelaksanaan program-program akan datang demi memperkukuh kebajikan dan hubungan silaturahim dalam kalangan pesara bomba.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan persatuan dalam memastikan kebajikan ahli sentiasa terpelihara di samping memperkasakan peranan pesara dalam komuniti.