

Bintulu, 23 Jun 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2026 yang disempurnakan oleh Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Turut hadir ialah PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon 5 Bintulu selaku hos program, TPgB I Christus anak Bason, Ketua Balai BBP Bintulu serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Majlis turut diserikan dengan beberapa acara penyampaian dan pengiktirafan, antaranya:
Pemakaian tanda pangkat pegawai lain-lain pangkat;
Pemakaian lencana Fit Fire Fighter;
Penyampaian sijil penghargaan kepada rakan media;
Penyampaian Sijil Teman Pili Bomba kepada komuniti;
Penyampaian sijil penubuhan Squad Bomba Tahfiz; dan
Penyampaian sijil penghargaan bagi Program Jom Renang.
Sejurus selesai perhimpunan bulanan, program Town Hall turut diadakan sebagai platform komunikasi dua hala antara pengurusan dan warga jabatan. Antara isu yang dibincangkan ialah aspek perjawatan, pengurusan jentera serta operasi balai, ke arah memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian perkhidmatan JBPM Negeri Sarawak.
Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga JBPM Negeri Sarawak terus memperkasakan organisasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.