

20 Julai 2026 (Isnin) | BBP Kota Samarahan
JBPM Negeri Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Julai 2026 yang disempurnakan oleh YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Dalam amanat beliau, YS Pengarah menzahirkan penghargaan kepada semua agensi, komuniti dan rakan media yang sentiasa menyokong pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan JBPM Negeri Sarawak. Beliau turut menekankan tema “Kesatuan Bukan Keseragaman” sebagai asas memperkukuh semangat kerja berpasukan, saling menghormati serta memperkasakan organisasi.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada agensi luar, KOR SISWA UiTM Kota Samarahan dan UNIMAS, rakan-rakan media serta penerima Sijil Teman Pili Bomba daripada komuniti sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada jabatan.
Turut hadir ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PgKB II Gawai anak John, Ketua Zon 2 Samarahan, serta pegawai-pegawai kanan jabatan