LOGO BOMBA

logo right

PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT JBPM NEGERI SARAWAK TURUN PADANG TINJAU KESIAPSIAGAAN BALAI

PgKB I Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau tahap kesiapsiagaan balai-balai bomba di negeri ini.

 

Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan pemeriksaan mengejut di Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit selepas sebelumnya turut melaksanakan lawatan mengejut ke Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

 

Turut serta dalam lawatan ini ialah PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri dan TPgB II Mutalif bin Ja’affar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

 

Lawatan ini bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan anggota, aset serta operasi sentiasa berada pada tahap terbaik dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.