

28 Januari 2026,
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak bersama Cawangan Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sarawak telah mengadakan satu mesyuarat serta bacaan Ikrar Akauntabiliti dan Integriti bersama pegawai dan anggota bahagian tersebut.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh PgKB I Mohd Fauzi bin Hj. Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak, dan dihadiri oleh semua pegawai kanan serta anggota Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak.