

Program Limbang Firefighters Run (LFFR) 4.0 telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dan disempurnakan oleh YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Penganjuran kali ke-4 oleh Zon 7 JBPM Negeri Sarawak dengan kerjasama PESKEB Sarawak ini diadakan sempena Sambutan Hari Bomba serta bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Seramai 650 peserta dari Limbang, Lawas, Miri, Labuan dan Negara Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori larian. Selain acara larian, program turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Fun Run 5KM, cabutan bertuah, senaman aerobik, pameran dan ceramah kebombaan, demonstrasi pemadaman kebakaran, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah serta pelbagai aktiviti menarik lain. Terima kasih kepada semua peserta, agensi dan masyarakat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.