LOGO BOMBA

logo right

KURSUS MENCARI DAN MENYELAMAT (SEARCH AND RESCUE – SAR) JBPM NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

9 Julai 2026 – Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue – SAR) JBPM Negeri Sarawak telah berlangsung selepas tiga hari latihan intensif di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan Padawan.


Kursus ini melibatkan 25 peserta (22 lelaki dan 3 wanita) serta dikendalikan oleh 4 jurulatih dengan kehadiran Penolong Pengarah Latihan JBPM Negeri Sarawak, PgKB II Azizah binti Salim.


Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada latihan teori dan amali meliputi teknik operasi SAR, pengendalian peralatan, pengurusan risiko serta aspek keselamatan bagi memperkukuh kompetensi dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan operasi menyelamat secara cekap, selamat dan berkesan.


Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan urus setia atas komitmen yang diberikan. Semoga ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkasakan keupayaan operasi JBPM Negeri Sarawak dalam menyampaikan perkhidmatan penyelamatan terbaik kepada masyarakat.