LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN KE JBPM NEGERI SARAWAK

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Kota Samarahan yang diketuai oleh Counselor Daily ke Pejabat Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

 

Kehadiran rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

 

Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JBPM atas komitmen berterusan dalam aspek keselamatan kebakaran, di samping membincangkan perancangan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi pada masa hadapan.

 

🤝 Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.