

Pejabat JBPM Zon Sibu telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Airport Rescue and Fire Fighting Services (AFRS) Lapangan Terbang Sibu yang diketuai oleh Pengurus Besar Lapangan Terbang Sibu, Tuan Farhan, bersama barisan delegasi AFRS.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Pengurus Besar yang baharu di samping mengukuhkan jalinan kerjasama strategik melalui perkongsian kepakaran, penyelarasan operasi, pembangunan inovasi KIK kategori hibrid serta kolaborasi dalam pelaksanaan program keselamatan kebakaran di sekitar Sibu.
Semoga hubungan erat antara kedua-dua agensi terus diperkukuh demi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.