

21 Mac 2026. PPjB Lizalman bin Abu, Timbalan Pengarah Bomba Sabah mengadakan Ziarah Kasih Aidilfitri di BBP Tuaran dan BBP Kota Belud sebentar tadi.
Ziarah Kasih Aidilfitri ini bagi menyantuni anggota Bomba yang bertugas di hari raya disamping meninjau sendiri kesiapsiagaan balai menghadapi sebarang kecemasan terutama di musim perayaan ini.
PPjB Lizalman turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kuih raya daripada Kelab Sukan dan kebajikan Bomba Sabah (KERISMA) kepada balai2 yang terlibat.
Terima kasih Abang Bomba!