

Syabas dan tahniah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rombongan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 8.30 pagi pada13 Mei lalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo. Anggota Bomba dan Penyelamat Ranau bersama anggota MoCSAR (Malim Gunung Kinabalu) turut bersiap siaga dan mengiringi Tengku Mahkota Pahang dan Rombongan sepanjang pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang kebetulan berada di Kota Kinabalu untuk Majlis Perasmian CFLC BBP Putatan turut berkesempatan mengiringi Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pulang ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kelmarin.