

15 Mei 2026 – Taklimat Biro Pengaduan Awam Dan Taklimat Pelan Strategik JBPM Bersama Warga Kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. JBPM Sabah sebentar tadi telah mengadakan Taklimat Biro Pengaduan Awam Dan Taklimat Pelan Strategik JBPM Bersama Warga Kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. Sesi Taklimat Pertama, Taklimat Pengurusan Aduan Awam telah disampaikan Puan Dg Ku Siti Rafizah Binti Pg Rajudin, dari Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah. Sesi taklimat seterusnya berkaitan Pelan Strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 2026 – 2030 disampaikan YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM.