

1 April 2026 – Sesi Dialog dan Libat Urus Bomba Sabah bersama Pertubuhan Arkitek (PAM) Sabah dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Sabah telah diadakan bertempat Bilik Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.
Majlis disempurnakan YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah Bomba Sabah dan turut dihadiri Tuan Ar. Daniel Koh, Pengerusi Pertubuhan Arkitek (PAM) Sabah Dan Tuan Ir. Song Perng Yeu, Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Sabah bersama ahli persatuan.
Dalam sesi ini juga turut diadakan taklimat pelaksanaan dan pengoperasian Sistem Pengawasan Kebakaran Automatic (SPKA) kepada peserta yang hadir.
Jabatan mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap maklum balas dan cadangan hasil sesi dialog dan libat urus kali ini seterusnya akan meneliti bersama pihak ibu pejabat. Semoga cadangan ini menghasilkan situasi menang-menang pihak berkepentingan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.