LOGO BOMBA

logo right

Program Turun Padang YB Timbalan Menteri KPKT Bersama Mangsa Bencana Kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan

1 Mei 2026. YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri KPKT sebentar tadi mengadakan program turun padang bersama mangsa bencana kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan. YB Timbalan Menteri berkesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan penduduk kampung yang terkesan dan turut menyampaikan sumbangan ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Sibuga, Sandakan.

 

YB Datuk Hajah Aiman Athirah turut berkesempatan mendengar taklimat operasi pemadaman Kampung PPH Karamunting yang terkesan akibat kebakaran 2 hari lepas.

 

Turut hadir mengiringi YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah Bomba Sabah dan PgB Jasri Jal, Ketua JBPM Zon Sandakan.