LOGO BOMBA

logo right

Penyertaan Bomba Pada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan (MPK)

Reruai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah dibuka sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 14 Jun 2026 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Likas.

Turut hadir memeriahkan reruai bomba ialah Datuk Mohd Zamri Bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir memeriahkan reruai Bomba Sabah sepanjang program tersebut.

Terima kasih!