LOGO BOMBA

logo right

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Universiti Malaysia Sabah

14 Mei 2026. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Universiti Malaysia Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS) .

 

YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Malaysian Fire and Rescue Department dan Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, Naib Canselor UMS telah menandatangani MoU bersama bagi kerjasama strategik melalui Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memacu inovasi dan penyelidikan berimpak tinggi khususnya dalam pembangunan teknologi pemadaman api bagi bateri litium.

 

Pemeteraian ini turut memperlihatkan integrasi kukuh antara penyelidikan saintifik, operasi pemadaman kebakaran dan penerbitan ilmiah dalam menyokong usaha mitigasi kebakaran yang lebih berkesan serta mampan di Malaysia.

 

Turut hadir bersama YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM dan YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah Bomba Sabah, serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.