LOGO BOMBA

logo right

Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

15 Februari 2026 – YAS Dato Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

 

Ketibaan YAS Dato Ir. Ts. Ahmad Izram diraikan YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah bersama Pegawai-Pegawai jabatan. Kali terakhir YAS Dato’ hadir ke Sabah ketika mewakili YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 2024 bersempena Majlis Penghargaan Mantan Pengarah JBPM Sabah Tuan Zainal @ Jainal bin Madasin.

 

Lawatan Kerja ini merupakan lawatan menziarah pegawai dan anggota selain melihat kesiapsiagaan jabatan menghadapi fenomena El Nino yang membawa cuaca panas dan kering melampau dan boleh mendatangkan risiko kebakaran terutama di kawasan yang berisiko.

 

Lawatan ini juga merupakan lawatan terakhir beliau sebelum beliau mengakhiri perkhidmatan beliau pada Bulan Mei 2026.