

3 Jun 2026. Kunjungan hormat YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kepada YB Menteri KKTP Sabah, Datuk Haji Dr. Ariffin Bin Mohd Arif telah diadakan pada 3 Jun 2026 di Wisma Inoprise, Kota Kinabalu. Dalam pertemuan ini, YB Menteri turut diberi taklimat pembangunan JBPM termasuk pembinaan balai bomba baharu dan perolehan tanah milik kerajaan negeri di samping perbincangan mengenai cabaran operasi, khususnya kebakaran atas air yang dibina tidak teratur serta risiko renjatan elektrik.