

19 April 2026. YB Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi diberi taklimat operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan Kampung Bahagia oleh YS Pengarah Bomba Sabah.
Sejak awal pagi tadi YS Pengarah bersama Penolong Pengarah Operasi Negeri sudah berada di lokasi kebakaran bagi meninjau serta meneliti sendiri operasi pemadaman yang dijalankan.