

24 April 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah menganjurkan Ceramah Pengukuhan Governans Integriti Dan Anti Rasuah (MPGIA) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Kinabalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.
Penyertaan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan, yang diketuai oleh YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz bersama Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Balai Bomba seluruh negeri Sabah.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Negeri Sabah.
Objektif penganjuran ini adalah bagi memastikan semua pegawai bomba dan gunasama jabatan diberi pendedahan serta bersama-sama meningkatkan integriti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada awam, khususnya yang melibatkan proses perolehan, penguatkuasaan, dan pemeriksaan bahaya kebakaran yang turut melibatkan proses kelulusan Sijil Perakuan Bomba (FC).
Pegawai bomba turut terdedah dengan risiko penyalahgunaan kuasa serta rasuah memandangkan bomba berperanan penting dalam memastikan semua bangunan berdaftar selamat diduduki dan mempunyai sistem pepasangan kebakaran yang menepati syarat serta standard yang ditetapkan.