

28 Januari 2026 – Audit Kendiri Perjawatan dan organisasi (AKPO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat JBPM Sabah dengan kehadiran seramai empat(4) orang pegawai yang diketuai oleh Mohd Shahrulnizam bin Senafi, Pegawai Tadbir Diplomatik JBPM Kedah, PgKB II Abdul Malik dan Zainuddin, Bahagian R&D Ibu Pejabat JBPM, Puan Balqies Ainey binti Abdul Basik, Pegawai Tadbir Diplomatik JBPM Pahang dan Puan Zaza Masrini Ghazali, Penolong Pegawai Tadbir JBPM Perlis.
Audit kendiri ini dijalankan bagi menilai keperluan perjawatan di JBPM Negeri Sabah serta bebanan tugas jabatan sedia ada pegawai. Pasukan Audit turut mengadakan lawatan dan temu selidik di BBP Tuaran dan juga Unit Pengesan K9 di Tuaran, Sabah.