LOGO BOMBA

logo right

50 TAHUN JBPM - MEMPERKUKUH LEGASI , MEMACU TRANSFORMASI

3 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JJBPM) Negeri Sabah sebentar tadi mengadakan Majlis Perhimpunan Tahunan dan Ikrar Akauntabiliti dan Integriti Tahun 2026 bertempat di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JBPM Sabah Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

 

Majlis yang disempurnakan oleh YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah JBPM Negeri Sabah dan dihadiri seramai 120 orang dan turut disertai pegawai / anggota di Pejabat JBPM Zon dan Balai-Balai Bomba di seluruh Negeri Sabah menerusi Aplikasi Google Meet.

 

Di Majlis ini YS Pengarah telah menyampaikan ucapan amanat tahun baharu YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara lain menekankan “𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘪𝘸𝘢𝘪 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘨𝘢𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘳𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘩𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘴𝘪𝘮𝘣𝘰𝘭 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘦𝘫 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢, 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘪, 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯.”

 

Sesi Ikrar Akauntabiliti dan Integriti turut diadakan dan bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Marsyal Integriti JBPM Sabah, PgKB II Stanley Bryon Justin.