

7 Januari 2026: Majlis Sumbangan ‘Back To School’ telah berlangsung dengan penuh meriah di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Program ini disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, sebagai simbol keprihatinan kerajaan negeri terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat.
Pada tahun ini, sumbangan diagihkan kepada lima buah sekolah, iaitu:
Selain itu, anak-anak anggota bomba JBPM Pulau Pinang turut menerima sumbangan khas sebagai penghargaan atas pengorbanan dan komitmen ibu bapa mereka yang sentiasa bersedia menjaga keselamatan rakyat.
JBPM Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri atas sokongan dan perhatian berterusan kepada warga bomba serta komuniti setempat. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar menjelang sesi persekolahan 2026.