

10 Julai 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi bulan Julai 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Sri Hj. Wan Mohd Nor, Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa. Seterusnya amanat Pengarah YS PKPjB Ts. Mohamad Shoki bin Hamzah.
Turut berlangsung Majlis Pemakaian Tanda Pangkat, penyampaian sijil Pemenang PKK Kebangsaan 2026, Pengiktirafan Pematuhan Jadual Penyelenggaraan Kenderaan dan Anugerah Tokoh Guru Kadet Bomba 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua penerima serta warga JBPM yang menerima kenaikan pangkat. Semoga terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan demi keselamatan masyarakat.
![]() |
![]() |
![]() |